27 January 2015

long distance relationship




Assalamualaikum.. 
Aku dan bf adalah pasangan cinta jarak jauh, dipisahkan oleh bukit-bukau dan gunung-ganang dengan jarak menjangkau ratusan kilometer. Orang kata cinta jarak jauh ni tak tahan lama, so far alhamdulillah hubungan kitorang masih bertahan. Dekat atau jauh bukan kayu pengukur untuk menilai keteguhan sesebuah hubungan. sayang aku untuk bf takkan berubah, ahemmm…Jarak bukan penentu, laki bini yang tidur sekatil, bersentuh kulit pon boleh bercerai, inikan pula kapel hingusan. Apa yang penting, kita saling memahami pasangan masing-masing..

Tak dinafikan hubungan jarak jauh banyak cabaran, susah nk handle. Sabar jela, kalo takut dilambung ombak, jangan berkapel di tepi pantai. Cinta jarak jauh ni bila timbul krisis, susah nk setel face to face. Dapat jumpa pon kejap je...herm..Itu belum ditambah dengan masalah jiwa rindu dendam dan sebagainya. Bila berjauhan, macam-macam fikiran negatif yang datang, risau pasangan masing-masing curang di belakang. Lagi tak boleh blah time datang rasa sunyi ..huhh sabo jela ;(

<3 Jangan tak tau, hubungan jarak jauh pun ada juga kelebihan...

~> Date orang yang kapel jarak jauh lebih bermakna. Dating kerap macam makan nasi, hilang la feel-nya..

~> Pasangan yang berjauhan terhindar daripada melakukan maksiat, hendak dicapai tangan tak sampai. Kan dah selamat satu slot dari diisi dengan dosa.

~> Ruang untuk diri sendiri...korang ley enjoy ngan membe tanpe 24/7 layan bf @ gf korang ;p

~> Peluang menilai kejujuran kesetiaan diri dalam percintaan... Kapel jarakjauh lebih cenderung untuk berlaku curang. Tabik spring pada diri sendiri  mampu kekal jujur dan setia. Dan ‘Boo’ pada diri sendiri skiranya fail dalam bab ni, sebab itu tandanya anda hati busuk... ;p

Dalam cinta jarak jauh, ada dua jenis sayang. Samaada betul-betul disayangi ataupun hanya disayangi sebagai ‘spare part’ sahaja. Bertuahlah jika aku BUKAN dari golongan ‘spare part’, bukan senang nk maintain sayang utk orang yang physically tak wujud depan mata. Itu tandanya aku disayangi bukan semata-mata kerana sifat fizikal aku. ceceyhhh

Jarak yang wujud dalam hubungan cinta jarak jauh bukanlah untuk selama-lamanya. Kalo sepanjang hayat nk berjauhan, baik bercinta dengan makhluk dari galaksi lain.! Dugaannya bukanlah berapa jauh jarak, tapi berapa lama harus berjauhan. Ia mengajar erti rindu dan kesabaran, ia menguji tahap kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan, itulah cinta jarak jauh..! thats all.. byebye ;)

No comments:

Post a Comment